Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram... Surah ar-Ra'd: 28

Monday, March 12, 2012

Saat itu pasti tiba



Allah berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

“ Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”Al-Imran (185)

Isnin, 12 Mac 2012, 8.45 malam adalah detik yang amat mengharukan buat saya dan keluarga, sepupu yang kusayangi telah pergi menghadap illahi, bertemu Tuhan pencipta alam semesta. Umurnya yang baru menjangkau 28 tahun telah menyebabkan kami sekeluarga merasa amat terkesan dengan pemergian itu. Kupasrah dengan segala yang berlaku. Semuanya bagaikan sekelip mata, masih teringat dan bermain2 di mindaku saat menjaga beliau di hospital selama hampir 2 minggu.

Seringkali kata2 semangat dan kisah2 silam kami bualkan bersama, termasuk berkenaan hakikat kehidupan sebagai seorang hamba, hamba yang perlu mengejar dan mencari redha Illahi. Tempoh 2minggu kami bersama menyebabkan saya menganggapnya sebagai kakak saya. Melayan segala kerenahnya membuatkan saya semakin menyayanginya dan semakin mengenalinya.

Semesta baru pembelajaran bermula dan saya banayk menghabiskan masa di kampus, hanya sesekali dapat pulang ke rumah dan menjenguknya di hospital untuk member kata2 semangat dari adik kepada seorang kakak. Masih saya ingat beliau memberikan coklat “ferero rochair” kepada saya sbg tanda ingatan dari seorang kakak kerana sudi menjadi temannya semasa di hospital. 

Pada Ahad, 11 Mac saya dikejutkan dengan keadaan beliau yang kritikal di hospital Ampang, terus bergegas pulang dari kampus. Setibanya di hospital, hati ini semakin pilu melihat sekujur tubuh yang amat lemah diamping wayar2 dan dip2 air yang masuk  kebadannya. Beliau sudah tidak sedarkan diri dan doctor menasihati kami untuk membacakan yasin sebanyaknya. Usaha demi usaha dibuat seperti solat hajat, yasiin dan sebagainya.

Sehingga saat 8.45 mlm isnin, beliau telah dijemput illahi, ketika azan isyak sedang berkumandang. Terkedu seketika. Namun hati ini pasrah dengan ketentuan illahi. K.zana, kudoakan moga rohmu dicucri rahmat Allah dan diampunkan segaa kesalahanmu. InsyaAllah kita akan bertemu semula di akhirat kelak dan semoga pertemuan itu nanti adalah pertemuan yang indah iaitu d syurga Firdaus..amin

Buat diriku dan sahabat2 yang masih diberi peluang untuk SUJUD kepada Allah, gunalah peluang ini sebaiknya sebelum saat itu menjemputmu wahai diri. Bertaubat dan menangislah sepuasnya memohon ampun buat kesalahan dan khilaf yag dilakukan samada sedar atau tidak. Marilah menjadi hamba yang mengejar redha RabbNya, mengejar Cintanya. Agar tidak mnyesal di hari bertemu rabbal alamin seperti dinukilkan dalam surah al-Mukminuun(99) :

“Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia),”

Sungguh kematian itu pasti dan tidak mengenal usia wahai diri. Ianya telah dinyatakan dalam kalamNya.
” Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
Al-Munafiqun (11)

Akhirnya, ingin saya kongsikan beberapa  hadis yang amat memberi kesan buat diri dan semoga dengan ayat ini dapat mempersediakan diri kita dengan amal ibadah sebelum bertemu Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."(Riwayat At-Tirmidzi)

Buat diri ..

Saat itu pasti tiba
Saat dimana Hamba akan bertemu Rabbnya
Bersediakah aku untuk menghadapi saat itu
Ya allah.
Pintaku..Jadikanlah aku hambaMu yang taat dan tekun dalam mengingatimu
hamba yang mencintaiMu dan mengejar RedhaMu..
Ya Allah,
Jika saat itu sudah tiba buatku,
Ambillah daku dengan rahmat kasih sayangmu
Matikanlah daku dalam Syahid di JalanMU
Sesungguhnya daku amat Mencintaimu
Tentu sekali menggharapkan saat bertemu denganMu dengan
Dalam keadaan yang penuh Rahmat & Kasihmu ya Rabb.







Monday, January 30, 2012

Ya Rabbi.. Perkenankanlah..


Ingin saya kongsikan sepotong hadis yang amat memberi kesan mendalam terhdp diri..moge2 kita semua mendpt manfaat daripada perkongsian ini.

Hadis yang menjadi teras perbincangan:

عن عبد الله بن مسعود قال: سألت النبي صلى الله عليه وسلم : أي العمل أحب إلى الله ؟ قال : ( الصلاة على وقتها ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( ثم بر الوالدين ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( الجهاد في سبيل الله ) . قال : حدثني بهن ، ولو استزدته لزادني
Maksudnya: Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud Radiyallahu Anhu :Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi (S.A.W), Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala: Nabi Bersabda,Solat Pada Waktunya,Aku Bertanya Lagi:Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda: Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa, Aku Bertanya Lagi, Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah, Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku,Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.”
— Hadis riwayat Imam Bukhari(no 5970) dan Imam Muslim(no 85)

Begitu besar ganjaran yang Allah berikan apabila seorang anak Berbakti kepada Orang Tuanya iaitu Syurga..Semoga saya dapat menjadi anak yg solehah buat  Ayah & Mak,amien.. Perkenankanlah hasratku ya Rabbi.


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

 

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Saturday, January 21, 2012

Tarbiyah "kancil putih"

Sabtu, 21Januari 2012

Jam 6 pg- Satu pagi yang Indah bersama sahabat2 rumah yang amat kurindui & sayangi
(Sungguh Kalian amat berharga buat diriku)
Musim peperiksaan telah membuatkan kami sibuk dengan “Paper” & subjek masing2, hanya sempat berbalas senyuman dan bersembang seketika selepas solat..
ALHAMDULILLAH.. Pagi & Hari yang Indah Bersama Kalian Sahabat , berkongsi Pengalaman sambil membuat adunan cucur bawang.. banyak kenangan dikongsi bersama ketika memasak d rumah kami J
( Alhamdulilllah diatas NIkmat Ukhuwwah  yg Indah krnNYA)
Hari yang cukup menceriakan dan indah bagi saya.. Mendapat bekalan yang amat berharga untuk diri buat sepanjang cuti..Semangatku makin mekar u Langkah seterusnya..

Jam 12.30 tghr – bersama sahabt saya di dlm kereta u membeli keperluan kami, ingin singgah sebentar di rumah & TIBA2…
DAMMM!!!
Bahagian hadapan kereta milik emak yang diamanahkan kpdku KEMEK teruk dalam sekelip mata..TERKEDU seketika.. bingung memikirkan apa yang patut saya buat.. Ya Allah.. Apa yang patut diberitahu kpd Mak & Ayahku..? Camne ngan Respon  Mak & Ayah nant? Adakah dr ini akan dihukum??Banyal persoalan yg bermain di mindaku pada Ketika itu..
Namun jauh di sudut hati, Saya berdoa  “Ya Allah..bantulah Hambamu Ya Rabb..Permudahkanlah urusanku.”

Jam 2ptg -  Selepas berbincang dgn owner kereta yang melanggar kancil putih ksygnku..Saya dan sahbat menuju ke bengkel kereta  yg berdekatan u tindakan lanjut..dan pada saat itu,  shbt saya setia  bersama2 u  saat yang genting sebegini , ketika saya amat memerlukan sokongan- syukran sahabat, sesungguhnya saya amat menghargai dan menyayangi ukhuwwah ini.
Selepas berbncang dengan mekanik d bengkel, Akhirnya bahagian depan keretaku ditukar dengan bahagian yang baru jga dgn warna yg baru “Black Colour”, ia lbh merisaukan hati ini,  Saya masih ragu dgn keputusan yg dibuat kerana tanpa pengetahuan ibubapa.  Namun Tawakkal diletakkan sepenuhnya ke hadrat illahi. 
Dalam perjalanan pulang dari bengkel terdetik.
“Ya Allah begitu cepat Kau menguji Hambamu ini..
Baru saja Diri ini diberikan semangat yg baru Dan  terus diuji..
Sehinggakan.. dapat kurasakan kemanisan Tarbiyyah ini.
Terima Kasih Ya Allah"

Jam 10.15 Malam –walaupun agak lewat u pulang krn terdapat perkara pntg yang harus kuselesaikan d Nilai.. namun terpaksa kugagahi u pulang ke KL demi bertemu Mak dan Ayah.. walaupun penuh dengan kegusaran di hati, namun saya bersedia untuk meneriman segala apa saja yang bakal terjadi.. sejam kemudian tiba di perkaragn rumah, Ayah n abang berada di hadapan rumah menyambut kepulanganku..
Namun, wajah mereka bertukar sebaik saja melihat bonet depan keretaku yang berwarna Hitam..Saya hanya memberikan senyuman dengan harapan mereka dapat menerima segalanya dengan baik.. selepas kuberikan penjelasan..ALHAMDULILLAH..Mak, Ayah dan Abang menerima segalanya dengan baik dan apa yang digusarkan tidak berlaku.. malah kejadian itu menyebabkan Mak dan Ayah semakin percaya &  yakin terhdp2ku u langkah yang seterusnya.J

Rupanya inilah hikmah disebalik kejadian “kancil putihku”. Ibubapa semakin yakin dan faham akan diriku,  hubungan saya dan sahabat semakin rapat dan kancil putih saya kini berwajah baru (moge kancil putih saya lebih kuat dan tegap untuk perjalanan akan datang ..amien)

“Ya Allah terima kasih atas ujian yang Kau berikan buatku,
Sungguh.. dapat kurasakan kemanisan Tarbiyyah Darimu.
Terima Kasih Ya Allah"

Alhamdulillah Ya Allah.. Maha Suci Engkau atas segala Nikmatmu terhadapku..Ingin ku kongsikan beberapa ayah buat renungan , Moge ayat2 ini menjadikan KIta hamba yang sabar dan mempersiapkan diri u ujian2yang bakal mendatang. Semoga Kasih Allah sentiasa membimbing kita.. amien


[2:155] Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (AL BAQARAH (Sapi betina) ayat 155)


[2:214] Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Tuesday, August 23, 2011

MAQAM 11’ “ Edisi Ramadhan”




Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Illahi.. dengan limpah kurniaaNya..
Sedikit coretan perkongsian berkenaan Progam MAQAM’11 yang julung kalinya diadakan d Bumi USIM..

MAQAM 11’ adalah ringkasan daripada “ Malam Alunan Al-Quran dan Munajat” dianjurkan oleh Seketeiat pendakwah Muda Malaysia (SPMM)..

Buat julung kalinya program ini dilaksanakan di Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC) pada 21 Ramadhan 1432 H/ 21 Ogos 2011..Bersama2  adik2 TAMHIDI yang baru menjejakkan kaki ke Campus Life..pada pengamatanku.. pogram ini berjaya dilaksanakan..alhamdulillah


Bermula seawal jam 4 pagi, adik2 Tamhidi bersama-sama Abang2 n Kakak2  berQiyamullail di bawah khemah di perkarangan KKNC diulit kesejukan malam dan diselangi dengan zikir-zikir Munajat yang amat menusuk kalbu. Selepas selesai melaksanakan Qiyam, makanan Sahur diagihkan kepada semua yang hadir. Seterusnya, Kami mendirikan solat subuh berjemaah, membaca zikir Mathurat  dan  mendengar peringatan & tazkirah yang disampaikan oleh Presiden SPMM .. Alhamdulillah

Walaupun ramai  sahabat2  seperjuangan tidak dapat turut serta pada program kali ini kerana berhadapan dengan pelbagai  tanggungjawab  untuk mencari keredhaanNYA ..  tetapi berkat daripada doa kalian.. program ini berjalan dengan lancar..Syukan ala kulli hal.

Dan kepada sahabat2 SPMM & Jaksa Kerohanian KKNC yang bersama-sama dalam menjayakan MAQAM 11’ edisi Ramadhan .. syukran kasir ala kulli hal di atas semangat  dan kerjasama yang amat2 kubutuhkan sepanjang perjalanan waktu.. Moga Allah melimpahkan Rahmat & Kasih sayangNya kepada kalian...aminn..Kepadamu Ukhti Rafidah Abd Wahab syukran atas sgalanya.. moga tsabat dalam perjuangan ini.

Syukur ke hadrat Illahi dengan taufiq dan Inayahnya..

MAQAM 11’ akan diteruskan secara berkala bagi menghidupkan & menyuburkan iklim islami di Bumi USIM  Tercinta.. InsyaAllah

'Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.'
 [9:41]






Tuesday, August 16, 2011


2nd phase of Ramadhan..


   
Bismillah..
Begitu pantas masa berlalu..
Fasa kedua Ramadhan sedang ditempuhi..
Namun..
Diri ini begitu syahdu dengan
Kepantasan masa yang telah berlalu
Seakan-akan..banyak amalan yang ingin dilaksanakan
Tetapi..
Terbatas dengan kudrat sebagai Hamba yang lemah
Perasaan syahdu menyelubungi segenap jiwa ini


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

Tajuk Nasyid : Harapan Ramadhan
Artis : Raihan
Feat : Man Bai


Ya Allah.. berilah kekuatan dan kecekalan kepadaku..
hamba-Mu yang lemah ini..
Berikan kekuatan dan kudrat untuk ku semaikan benih2 Cinta kepadamu ya Rabb..
Berikan kekuatan kepadaku dalam melatih diri ini menjadi hamba &  insan yang lebih baik disisimu..
Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah dan Maha Pengasih..


Tuesday, August 2, 2011


Indahnya Ramadhan


Alhamdulilllah atas segala nikmat pemberian dariNya buat hamba yg kerdil ini. Alhamdulillah kerana masih diberi nikmat untuk bertemu dengan bulan kemulian, bulan magfirah dan bulan  ketaatan ini. Alhamdulillah...

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka 
dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1793

Alangkah bersyukurnya kita menyambut Ramadhan dengan ketenangan dan semoga segala pemasalan yang muncul berakhir melalui keberkatan bulan yang mulia ini. Merenung firmanNya:
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa” [Al Baqarah:183]
Menunaikan kewajiapn bepuasa untuk mencapai Reda dan Taqwa kepada Allah sebagai bukti keimanan yang kuat, kesucian jiwa, keikhlasan hati danrasa takut kepada Sang Pencipta. Puasa adalah satu bentuk penyembahan khusus antaa hamba dengan RabbNya kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui akan niat, keikhlasan, kemurnian dan perhatian HambaNya

Sesungguhnya rahsia dan pahala puasa itu hak dan mikik Allah semata-mata, ia bergantung kepada niat seta kesungguhan seseorang itu berpuasa kerana ada juga Muslim yang berpuasa sekadar mendapat lapa dan dahaga.

Ramadan adalah bulan yang berlimpahan dengan pahala seperti digambarkan dalam al-Quran dan dianugerahkan pada bulan ini satu malam yang lebih baik daripada seribu malam, supayaumat Islam berlumba-lumba mendapatkan ganjaran seperti dijanjikan iaitu malam al-Qadr ( Lailatul Qadar) 

Seterusnya, di dalam bulan Ramadhan juga terdapat satu peristiwa bersejarah yang amat penting bagi seluruh umat Islam iaitu penurunan Kitab Suci Al-Quran al-Karim.


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيْ أُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

"Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan
 sebagai bukti-bukti yang jelas dari Petunjuk itu, dan Pembeza.;" (2:185)

Oleh itu, Bulan Ramadhan sewajarnya dijadikan Bulan Al-Quran bagi seluruh umat Isalam seterusnya menghayati hikmah-hikmah yang tedapat di dalam Quran dengan penuh penghayatan dan rasa rendah diri. Moga kita dapat mendalami  & beramal dengan Quran bersempena keberkatan bulan ini.. insyaAllah..

Antara Kelebihan Bulan Ramadhan menurut Sunnah..

Pada bulan ini pahala ibadah sunnah dilipatkan menjadi pahala wajib dan pahala ibadah wajib dilipatkan menjadi tujuh puluh kali lipat.Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah saw:
 “Barang siapa yang melaksanakan amalan sunnah pada bulan Ramadhan, maka pahalanya sama dengan pahala melaksanakan ibadah wajib pada bulan selain Ramadhan. Dan barang siapa yang melaksanakan ibadah wajib pada bulan Ramadhan, maka pahalanya sama dengan pahala yang melaksanakan tujuh puluh ibadah wajib pada bulan selain Ramadhan” 
(HR. Baihaki).

Dalam hadits lain juga dikatakan:
 “Ibnu Abbas berkata: “Barang siapa yang mendapati Ramadhan di Mekah, lalu ia berpuasa dan melaksanakan ibadah di sana menurut kemampuannya, Allah akan memberikan pahala kepadanya seratus ribu pahala dari bulan Ramadhan yang dilakukan di selain Mekah” 
(HR. Ibn Majah dengan sanad Dhaif).


Dalam hadits lain misalnya juga disebutkan:
 “Suatu hari Rasulullah saw ditanya: “Sadaqah yang bagaimana yang paling baik?” Rasulullah saw menjawab: “Sadaqah yang dilakukan pada bulan Ramadhan” 
(HR. Turmudzi).

Dalam hadits lain disebutkan:
 “Umrah pada bulan Ramadhan pahalanya sama dengan pahala melaksanakan ibadah haji”.
Dalam riwayat lain dikatakan: “Umrah pada bulan Ramadhan sama dengan melaksanakan ibadah haji bersamaku”

 (HR. Bukhari Muslim).

Dalam banyak keterangan disebutkan bahwa ibadah yang dilakukan oleh ummat Rasulullah saw dilipatgandakan pahalanya pada Bulan Ramadhan yang mulia ini... Subhanallah

Oleh itu temanku..
Mari bersama-sama tingkatkan usehe untuk beribadah di bulan yang berkat ini untuk menghirup kelebihan2 yang tidak terhitung banyaknya.. wallahualam..










Tuesday, July 5, 2011

Hijrah Diri 2..

بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillah..
Ku mulakan pemulaan langkahku dengan. Kalam yang begitu menggetarkan segenap tubuh & perasaanku..Bukan mudah untuk memulakan penulisan ini. Diriku tidak pandai menulis dan berpuitis. Tidak penah telintas untuk mempunyai “Blog” kepunyaanku.. terasa begitu kerdil diri ini apabila bersama2 sahabat yang hebat dalam penulisan sehingga mampu menulis buku..

Tapi…

Mungkin inilah suratan yang terindah DariNYA..Terkesan dengan kata-kata seorang sahabat seperjuangan apabila kupersoalkan saranannya.. “ Mengapa kita perlu  menulis?” Soalnya kepada kami.. Semua yang hadir  seakan-akan terdiam untuk mendengar jawapan darinya.. Jawabnya kepada kami “ kerana ini adalah Sunnah para Ulama terdahulu, kerana dengan penulisanlah kita masih dapat meghirup tinta-tinta ilmu yang AMAT berharga daripada mereka..”  bagaikan ingin ku titiskan air mata pada ketika itu..Ya.. baru ku sedar betapa Ulama tedahulu amat dekat dan kasih dengan bidang penulisan..

Hatta, sehingga di dalam kurungan mereka masih tekun untuk menyampaikan ilmu2 di benak fikiran & hati mereka yang AMAT berharga .. semata2 untuk Islam.. untuk generasi penyambung perjuangan yang suci ini..Teringat kepada kitab karangan as-Syahid Sayyid Qutb ‘ tafsir Fi Zilalil Quran’.. sehingga kini digunakan sebagai rujukan.. bukan sahaja bagi mahasiswa Islam bahkan non-muslim turut mengkajinya.. Moga Allah merahmatinya..

as-Syahid Sayyid Qutb

Aku semakin bersemangat untuk ber ” Hijah” kepada Muslimah yang baru apabila mendengar kata2 semangat dari salah seorang sahabat seperjuangan.. katanya dengan penuh yakin “ kita WAJIB menulis sebab masyarakat ingin tahu bagaimana pemikiran barisan pimpinan dan seorang pemimpin..” terkedu seketika dengan kata2 yang yang baru kudengari sebentar tadi.. tambahnya “ Hatta PM Malaysia, Dato’ Seri Najib yang bz pun update blog 1Malaysia.. “ aku tesenyum seketika mendengar ayat 1Malaysia.. J

Alhamdulillah.. Dengan HidayahMU ya Rabbi.. HambaMu ini memulakan penghijrahan diri kepada yang lebih baik..

Alhamdulillah..  Dengan InayahMU ya Rabbi.. Hambamu ini memulakan langkah untuk menukilkan sedikit ilmu yang telah kuhirup berbanding lautan ilmuMU yang tidak terhitung luasnya..


Alhamdulillah.. Dengan RahmatMU ya Rabbi, masih ada peluang bagiku untuk mencontohi Sunnah para ilmuan terdahulu seperti Imam asy-Syafie dan Imam al-Ghazali… Alhamdulillah


Ya Allah..
Teguhkanlah Langkahku Dan Sahabat2ku Dalam Perjuangan Ini..
Cekalkanlah Hati Kami Dalam Melalui Jalan Ini..
 Kuatkanlah Ikatan Hati Kami Untuk Bersama-sama 
 Menegakkan Dinmu…