Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram... Surah ar-Ra'd: 28

Monday, March 12, 2012

Saat itu pasti tiba



Allah berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

“ Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”Al-Imran (185)

Isnin, 12 Mac 2012, 8.45 malam adalah detik yang amat mengharukan buat saya dan keluarga, sepupu yang kusayangi telah pergi menghadap illahi, bertemu Tuhan pencipta alam semesta. Umurnya yang baru menjangkau 28 tahun telah menyebabkan kami sekeluarga merasa amat terkesan dengan pemergian itu. Kupasrah dengan segala yang berlaku. Semuanya bagaikan sekelip mata, masih teringat dan bermain2 di mindaku saat menjaga beliau di hospital selama hampir 2 minggu.

Seringkali kata2 semangat dan kisah2 silam kami bualkan bersama, termasuk berkenaan hakikat kehidupan sebagai seorang hamba, hamba yang perlu mengejar dan mencari redha Illahi. Tempoh 2minggu kami bersama menyebabkan saya menganggapnya sebagai kakak saya. Melayan segala kerenahnya membuatkan saya semakin menyayanginya dan semakin mengenalinya.

Semesta baru pembelajaran bermula dan saya banayk menghabiskan masa di kampus, hanya sesekali dapat pulang ke rumah dan menjenguknya di hospital untuk member kata2 semangat dari adik kepada seorang kakak. Masih saya ingat beliau memberikan coklat “ferero rochair” kepada saya sbg tanda ingatan dari seorang kakak kerana sudi menjadi temannya semasa di hospital. 

Pada Ahad, 11 Mac saya dikejutkan dengan keadaan beliau yang kritikal di hospital Ampang, terus bergegas pulang dari kampus. Setibanya di hospital, hati ini semakin pilu melihat sekujur tubuh yang amat lemah diamping wayar2 dan dip2 air yang masuk  kebadannya. Beliau sudah tidak sedarkan diri dan doctor menasihati kami untuk membacakan yasin sebanyaknya. Usaha demi usaha dibuat seperti solat hajat, yasiin dan sebagainya.

Sehingga saat 8.45 mlm isnin, beliau telah dijemput illahi, ketika azan isyak sedang berkumandang. Terkedu seketika. Namun hati ini pasrah dengan ketentuan illahi. K.zana, kudoakan moga rohmu dicucri rahmat Allah dan diampunkan segaa kesalahanmu. InsyaAllah kita akan bertemu semula di akhirat kelak dan semoga pertemuan itu nanti adalah pertemuan yang indah iaitu d syurga Firdaus..amin

Buat diriku dan sahabat2 yang masih diberi peluang untuk SUJUD kepada Allah, gunalah peluang ini sebaiknya sebelum saat itu menjemputmu wahai diri. Bertaubat dan menangislah sepuasnya memohon ampun buat kesalahan dan khilaf yag dilakukan samada sedar atau tidak. Marilah menjadi hamba yang mengejar redha RabbNya, mengejar Cintanya. Agar tidak mnyesal di hari bertemu rabbal alamin seperti dinukilkan dalam surah al-Mukminuun(99) :

Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia),

Sungguh kematian itu pasti dan tidak mengenal usia wahai diri. Ianya telah dinyatakan dalam kalamNya.
” Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Al-Munafiqun (11)

Akhirnya, ingin saya kongsikan beberapa  hadis yang amat memberi kesan buat diri dan semoga dengan ayat ini dapat mempersediakan diri kita dengan amal ibadah sebelum bertemu Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."(Riwayat At-Tirmidzi)

Buat diri ..

Saat itu pasti tiba
Saat dimana Hamba akan bertemu Rabbnya
Bersediakah aku untuk menghadapi saat itu
Ya allah.
Pintaku..Jadikanlah aku hambaMu yang taat dan tekun dalam mengingatimu
hamba yang mencintaiMu dan mengejar RedhaMu..
Ya Allah,
Jika saat itu sudah tiba buatku,
Ambillah daku dengan rahmat kasih sayangmu
Matikanlah daku dalam Syahid di JalanMU
Sesungguhnya daku amat Mencintaimu
Tentu sekali menggharapkan saat bertemu denganMu dengan
Dalam keadaan yang penuh Rahmat & Kasihmu ya Rabb.







No comments:

Post a Comment