Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram... Surah ar-Ra'd: 28

Tuesday, August 23, 2011

MAQAM 11’ “ Edisi Ramadhan”




Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Illahi.. dengan limpah kurniaaNya..
Sedikit coretan perkongsian berkenaan Progam MAQAM’11 yang julung kalinya diadakan d Bumi USIM..

MAQAM 11’ adalah ringkasan daripada “ Malam Alunan Al-Quran dan Munajat” dianjurkan oleh Seketeiat pendakwah Muda Malaysia (SPMM)..

Buat julung kalinya program ini dilaksanakan di Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC) pada 21 Ramadhan 1432 H/ 21 Ogos 2011..Bersama2  adik2 TAMHIDI yang baru menjejakkan kaki ke Campus Life..pada pengamatanku.. pogram ini berjaya dilaksanakan..alhamdulillah


Bermula seawal jam 4 pagi, adik2 Tamhidi bersama-sama Abang2 n Kakak2  berQiyamullail di bawah khemah di perkarangan KKNC diulit kesejukan malam dan diselangi dengan zikir-zikir Munajat yang amat menusuk kalbu. Selepas selesai melaksanakan Qiyam, makanan Sahur diagihkan kepada semua yang hadir. Seterusnya, Kami mendirikan solat subuh berjemaah, membaca zikir Mathurat  dan  mendengar peringatan & tazkirah yang disampaikan oleh Presiden SPMM .. Alhamdulillah

Walaupun ramai  sahabat2  seperjuangan tidak dapat turut serta pada program kali ini kerana berhadapan dengan pelbagai  tanggungjawab  untuk mencari keredhaanNYA ..  tetapi berkat daripada doa kalian.. program ini berjalan dengan lancar..Syukan ala kulli hal.

Dan kepada sahabat2 SPMM & Jaksa Kerohanian KKNC yang bersama-sama dalam menjayakan MAQAM 11’ edisi Ramadhan .. syukran kasir ala kulli hal di atas semangat  dan kerjasama yang amat2 kubutuhkan sepanjang perjalanan waktu.. Moga Allah melimpahkan Rahmat & Kasih sayangNya kepada kalian...aminn..Kepadamu Ukhti Rafidah Abd Wahab syukran atas sgalanya.. moga tsabat dalam perjuangan ini.

Syukur ke hadrat Illahi dengan taufiq dan Inayahnya..

MAQAM 11’ akan diteruskan secara berkala bagi menghidupkan & menyuburkan iklim islami di Bumi USIM  Tercinta.. InsyaAllah

'Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.'
 [9:41]






Tuesday, August 16, 2011


2nd phase of Ramadhan..


   
Bismillah..
Begitu pantas masa berlalu..
Fasa kedua Ramadhan sedang ditempuhi..
Namun..
Diri ini begitu syahdu dengan
Kepantasan masa yang telah berlalu
Seakan-akan..banyak amalan yang ingin dilaksanakan
Tetapi..
Terbatas dengan kudrat sebagai Hamba yang lemah
Perasaan syahdu menyelubungi segenap jiwa ini


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

Tajuk Nasyid : Harapan Ramadhan
Artis : Raihan
Feat : Man Bai


Ya Allah.. berilah kekuatan dan kecekalan kepadaku..
hamba-Mu yang lemah ini..
Berikan kekuatan dan kudrat untuk ku semaikan benih2 Cinta kepadamu ya Rabb..
Berikan kekuatan kepadaku dalam melatih diri ini menjadi hamba &  insan yang lebih baik disisimu..
Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah dan Maha Pengasih..


Tuesday, August 2, 2011


Indahnya Ramadhan


Alhamdulilllah atas segala nikmat pemberian dariNya buat hamba yg kerdil ini. Alhamdulillah kerana masih diberi nikmat untuk bertemu dengan bulan kemulian, bulan magfirah dan bulan  ketaatan ini. Alhamdulillah...

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka 
dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1793

Alangkah bersyukurnya kita menyambut Ramadhan dengan ketenangan dan semoga segala pemasalan yang muncul berakhir melalui keberkatan bulan yang mulia ini. Merenung firmanNya:
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa” [Al Baqarah:183]
Menunaikan kewajiapn bepuasa untuk mencapai Reda dan Taqwa kepada Allah sebagai bukti keimanan yang kuat, kesucian jiwa, keikhlasan hati danrasa takut kepada Sang Pencipta. Puasa adalah satu bentuk penyembahan khusus antaa hamba dengan RabbNya kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui akan niat, keikhlasan, kemurnian dan perhatian HambaNya

Sesungguhnya rahsia dan pahala puasa itu hak dan mikik Allah semata-mata, ia bergantung kepada niat seta kesungguhan seseorang itu berpuasa kerana ada juga Muslim yang berpuasa sekadar mendapat lapa dan dahaga.

Ramadan adalah bulan yang berlimpahan dengan pahala seperti digambarkan dalam al-Quran dan dianugerahkan pada bulan ini satu malam yang lebih baik daripada seribu malam, supayaumat Islam berlumba-lumba mendapatkan ganjaran seperti dijanjikan iaitu malam al-Qadr ( Lailatul Qadar) 

Seterusnya, di dalam bulan Ramadhan juga terdapat satu peristiwa bersejarah yang amat penting bagi seluruh umat Islam iaitu penurunan Kitab Suci Al-Quran al-Karim.


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيْ أُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

"Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan
 sebagai bukti-bukti yang jelas dari Petunjuk itu, dan Pembeza.;" (2:185)

Oleh itu, Bulan Ramadhan sewajarnya dijadikan Bulan Al-Quran bagi seluruh umat Isalam seterusnya menghayati hikmah-hikmah yang tedapat di dalam Quran dengan penuh penghayatan dan rasa rendah diri. Moga kita dapat mendalami  & beramal dengan Quran bersempena keberkatan bulan ini.. insyaAllah..

Antara Kelebihan Bulan Ramadhan menurut Sunnah..

Pada bulan ini pahala ibadah sunnah dilipatkan menjadi pahala wajib dan pahala ibadah wajib dilipatkan menjadi tujuh puluh kali lipat.Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah saw:
 “Barang siapa yang melaksanakan amalan sunnah pada bulan Ramadhan, maka pahalanya sama dengan pahala melaksanakan ibadah wajib pada bulan selain Ramadhan. Dan barang siapa yang melaksanakan ibadah wajib pada bulan Ramadhan, maka pahalanya sama dengan pahala yang melaksanakan tujuh puluh ibadah wajib pada bulan selain Ramadhan” 
(HR. Baihaki).

Dalam hadits lain juga dikatakan:
 “Ibnu Abbas berkata: “Barang siapa yang mendapati Ramadhan di Mekah, lalu ia berpuasa dan melaksanakan ibadah di sana menurut kemampuannya, Allah akan memberikan pahala kepadanya seratus ribu pahala dari bulan Ramadhan yang dilakukan di selain Mekah” 
(HR. Ibn Majah dengan sanad Dhaif).


Dalam hadits lain misalnya juga disebutkan:
 “Suatu hari Rasulullah saw ditanya: “Sadaqah yang bagaimana yang paling baik?” Rasulullah saw menjawab: “Sadaqah yang dilakukan pada bulan Ramadhan” 
(HR. Turmudzi).

Dalam hadits lain disebutkan:
 “Umrah pada bulan Ramadhan pahalanya sama dengan pahala melaksanakan ibadah haji”.
Dalam riwayat lain dikatakan: “Umrah pada bulan Ramadhan sama dengan melaksanakan ibadah haji bersamaku”

 (HR. Bukhari Muslim).

Dalam banyak keterangan disebutkan bahwa ibadah yang dilakukan oleh ummat Rasulullah saw dilipatgandakan pahalanya pada Bulan Ramadhan yang mulia ini... Subhanallah

Oleh itu temanku..
Mari bersama-sama tingkatkan usehe untuk beribadah di bulan yang berkat ini untuk menghirup kelebihan2 yang tidak terhitung banyaknya.. wallahualam..










Tuesday, July 5, 2011

Hijrah Diri 2..

بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillah..
Ku mulakan pemulaan langkahku dengan. Kalam yang begitu menggetarkan segenap tubuh & perasaanku..Bukan mudah untuk memulakan penulisan ini. Diriku tidak pandai menulis dan berpuitis. Tidak penah telintas untuk mempunyai “Blog” kepunyaanku.. terasa begitu kerdil diri ini apabila bersama2 sahabat yang hebat dalam penulisan sehingga mampu menulis buku..

Tapi…

Mungkin inilah suratan yang terindah DariNYA..Terkesan dengan kata-kata seorang sahabat seperjuangan apabila kupersoalkan saranannya.. “ Mengapa kita perlu  menulis?” Soalnya kepada kami.. Semua yang hadir  seakan-akan terdiam untuk mendengar jawapan darinya.. Jawabnya kepada kami “ kerana ini adalah Sunnah para Ulama terdahulu, kerana dengan penulisanlah kita masih dapat meghirup tinta-tinta ilmu yang AMAT berharga daripada mereka..”  bagaikan ingin ku titiskan air mata pada ketika itu..Ya.. baru ku sedar betapa Ulama tedahulu amat dekat dan kasih dengan bidang penulisan..

Hatta, sehingga di dalam kurungan mereka masih tekun untuk menyampaikan ilmu2 di benak fikiran & hati mereka yang AMAT berharga .. semata2 untuk Islam.. untuk generasi penyambung perjuangan yang suci ini..Teringat kepada kitab karangan as-Syahid Sayyid Qutb ‘ tafsir Fi Zilalil Quran’.. sehingga kini digunakan sebagai rujukan.. bukan sahaja bagi mahasiswa Islam bahkan non-muslim turut mengkajinya.. Moga Allah merahmatinya..

as-Syahid Sayyid Qutb

Aku semakin bersemangat untuk ber ” Hijah” kepada Muslimah yang baru apabila mendengar kata2 semangat dari salah seorang sahabat seperjuangan.. katanya dengan penuh yakin “ kita WAJIB menulis sebab masyarakat ingin tahu bagaimana pemikiran barisan pimpinan dan seorang pemimpin..” terkedu seketika dengan kata2 yang yang baru kudengari sebentar tadi.. tambahnya “ Hatta PM Malaysia, Dato’ Seri Najib yang bz pun update blog 1Malaysia.. “ aku tesenyum seketika mendengar ayat 1Malaysia.. J

Alhamdulillah.. Dengan HidayahMU ya Rabbi.. HambaMu ini memulakan penghijrahan diri kepada yang lebih baik..

Alhamdulillah..  Dengan InayahMU ya Rabbi.. Hambamu ini memulakan langkah untuk menukilkan sedikit ilmu yang telah kuhirup berbanding lautan ilmuMU yang tidak terhitung luasnya..


Alhamdulillah.. Dengan RahmatMU ya Rabbi, masih ada peluang bagiku untuk mencontohi Sunnah para ilmuan terdahulu seperti Imam asy-Syafie dan Imam al-Ghazali… Alhamdulillah


Ya Allah..
Teguhkanlah Langkahku Dan Sahabat2ku Dalam Perjuangan Ini..
Cekalkanlah Hati Kami Dalam Melalui Jalan Ini..
 Kuatkanlah Ikatan Hati Kami Untuk Bersama-sama 
 Menegakkan Dinmu…
             






Sunday, July 3, 2011

Maher Zain - Freedom (Official Music Video) | ماهر زين - الحرية

Hijrah Diri 1..

بسم الله الرحمن الرحيم







" Dan BERJIHADLAH kamu di Jalan Allah 
dengan JIHAD yang 
Sebenar-benarnya
DIA telah MEMILIH kamu 
dan
DIA tidak menjadikan kesukaran bagimu
dalam AGAMA "

(22:78)