Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram... Surah ar-Ra'd: 28

Thursday, April 5, 2012


 Ya Allah..
"Aku ingin mencari cinta sejati yg boleh membawa aku ke jalan Ilahi. Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam.Aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah.Aku ingin menjadi seorang pendengar kepada seorang da'ie.Aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid.Aku ingin memberikan cintaku kepada seorang insan yg mencintai ALLAH lebih dari segalanya, 
agar kami bisa menuju SyurgaMu yg kekal Abadi"

nukilan hati seorang Hamba..

Monday, April 2, 2012

Semai CINTA dengan 7 perkara



Mari  kita  menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.
Ketujuh- tujuh sunnah Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu adalah:

1. Tahajjud
Hal ini kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Nikmatilah detik seorang Pencipta bersama RabbNya. Di saat ini, Allah menunggu & mendengar Rintihan HambaNya. sahabatku, inilah detik Allah paling dekat dengan Hambanya..

2. Melazimi membaca Quran
Bacalah Quran bagi mengisi masa lapangmu sahabatku. iAllah denga pembacaan  itu, dirimu akan dirahmati dan lebih dekat bersama Tuhan Semesta Alam.

3. Jangan tinggalkan solat Berjemaah
Sesungguhnya begitu besar hikmah solat berjemaah bagi seorang Muslim. Sungguh ia amat menakjubkan, bukan sahaja pahala yang diberikan d dcc Allah bahkan lebih dari itu sahabat, Lazimilah diri denagn solat berjemaah kerana ianya Sunnah yang amat disukai Baginda Nabi saw. Pasti dikau akan merasakan keajaiban disebalik solat berjemaah seperti yang diterangkan baginda Kekasih Allah.

4. Jaga solat dhuha
Kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Luiangkanlah masamu sejenak untuk memberi hak kepada dirimu di waktu Dhuha. Nescaya hari yang akan dilalui akan menjadi tenang dan diberkati Allah.

5. Jaga sedekah setiap hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah pada setiap hari.

6. Jaga wuduk terus menerus
Allah menyayangi hamba yang berwudu’. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib r.a, “Orang yang selalu berwudu’ senantiasa akan merasa solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.

7. Amalkan istighfar setiap saat
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Teringat pesan sahabat sy, dengan Beristigfar, Allah akan memudahkan segala apa kesusahan yang dialami iAllah.

Mari sama2 amalkan perkara2 yang sy sebutkan, semoga dengan amalan2 ini dapat menjadikan kita Hamba yang soleh dccNya & mendapat CINTA teragung.. iaitu Cinta Teragung..