Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram... Surah ar-Ra'd: 28

Tuesday, July 5, 2011

Hijrah Diri 2..

بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillah..
Ku mulakan pemulaan langkahku dengan. Kalam yang begitu menggetarkan segenap tubuh & perasaanku..Bukan mudah untuk memulakan penulisan ini. Diriku tidak pandai menulis dan berpuitis. Tidak penah telintas untuk mempunyai “Blog” kepunyaanku.. terasa begitu kerdil diri ini apabila bersama2 sahabat yang hebat dalam penulisan sehingga mampu menulis buku..

Tapi…

Mungkin inilah suratan yang terindah DariNYA..Terkesan dengan kata-kata seorang sahabat seperjuangan apabila kupersoalkan saranannya.. “ Mengapa kita perlu  menulis?” Soalnya kepada kami.. Semua yang hadir  seakan-akan terdiam untuk mendengar jawapan darinya.. Jawabnya kepada kami “ kerana ini adalah Sunnah para Ulama terdahulu, kerana dengan penulisanlah kita masih dapat meghirup tinta-tinta ilmu yang AMAT berharga daripada mereka..”  bagaikan ingin ku titiskan air mata pada ketika itu..Ya.. baru ku sedar betapa Ulama tedahulu amat dekat dan kasih dengan bidang penulisan..

Hatta, sehingga di dalam kurungan mereka masih tekun untuk menyampaikan ilmu2 di benak fikiran & hati mereka yang AMAT berharga .. semata2 untuk Islam.. untuk generasi penyambung perjuangan yang suci ini..Teringat kepada kitab karangan as-Syahid Sayyid Qutb ‘ tafsir Fi Zilalil Quran’.. sehingga kini digunakan sebagai rujukan.. bukan sahaja bagi mahasiswa Islam bahkan non-muslim turut mengkajinya.. Moga Allah merahmatinya..

as-Syahid Sayyid Qutb

Aku semakin bersemangat untuk ber ” Hijah” kepada Muslimah yang baru apabila mendengar kata2 semangat dari salah seorang sahabat seperjuangan.. katanya dengan penuh yakin “ kita WAJIB menulis sebab masyarakat ingin tahu bagaimana pemikiran barisan pimpinan dan seorang pemimpin..” terkedu seketika dengan kata2 yang yang baru kudengari sebentar tadi.. tambahnya “ Hatta PM Malaysia, Dato’ Seri Najib yang bz pun update blog 1Malaysia.. “ aku tesenyum seketika mendengar ayat 1Malaysia.. J

Alhamdulillah.. Dengan HidayahMU ya Rabbi.. HambaMu ini memulakan penghijrahan diri kepada yang lebih baik..

Alhamdulillah..  Dengan InayahMU ya Rabbi.. Hambamu ini memulakan langkah untuk menukilkan sedikit ilmu yang telah kuhirup berbanding lautan ilmuMU yang tidak terhitung luasnya..


Alhamdulillah.. Dengan RahmatMU ya Rabbi, masih ada peluang bagiku untuk mencontohi Sunnah para ilmuan terdahulu seperti Imam asy-Syafie dan Imam al-Ghazali… Alhamdulillah


Ya Allah..
Teguhkanlah Langkahku Dan Sahabat2ku Dalam Perjuangan Ini..
Cekalkanlah Hati Kami Dalam Melalui Jalan Ini..
 Kuatkanlah Ikatan Hati Kami Untuk Bersama-sama 
 Menegakkan Dinmu…
             






Sunday, July 3, 2011

Maher Zain - Freedom (Official Music Video) | ماهر زين - الحرية

Hijrah Diri 1..

بسم الله الرحمن الرحيم







" Dan BERJIHADLAH kamu di Jalan Allah 
dengan JIHAD yang 
Sebenar-benarnya
DIA telah MEMILIH kamu 
dan
DIA tidak menjadikan kesukaran bagimu
dalam AGAMA "

(22:78)