Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram... Surah ar-Ra'd: 28

Monday, January 30, 2012

Ya Rabbi.. Perkenankanlah..


Ingin saya kongsikan sepotong hadis yang amat memberi kesan mendalam terhdp diri..moge2 kita semua mendpt manfaat daripada perkongsian ini.

Hadis yang menjadi teras perbincangan:

عن عبد الله بن مسعود قال: سألت النبي صلى الله عليه وسلم : أي العمل أحب إلى الله ؟ قال : ( الصلاة على وقتها ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( ثم بر الوالدين ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( الجهاد في سبيل الله ) . قال : حدثني بهن ، ولو استزدته لزادني
Maksudnya: Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud Radiyallahu Anhu :Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi (S.A.W), Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala: Nabi Bersabda,Solat Pada Waktunya,Aku Bertanya Lagi:Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda: Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa, Aku Bertanya Lagi, Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah, Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku,Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.”
— Hadis riwayat Imam Bukhari(no 5970) dan Imam Muslim(no 85)

Begitu besar ganjaran yang Allah berikan apabila seorang anak Berbakti kepada Orang Tuanya iaitu Syurga..Semoga saya dapat menjadi anak yg solehah buat  Ayah & Mak,amien.. Perkenankanlah hasratku ya Rabbi.


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

 

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

2 comments:

  1. salaam najat....moga kt sama2 dapat jdik anak yg baek...rindu najat...wlupun satu kuliah, tp jarang ketemu dan berbual...maafkan kt ek najat, klu ada wat silap..

    ReplyDelete
  2. wasalam, ummu haqiebah, sy sukee sgt ngan beg2 ummu haqiebah, :) moge same2 menjadi anak yang baik.. amin, walau jarang jumpe, kite saayang kat ummu.. syang kerana Allah, maaf jga salah n silap slame ni ye.. barakallah

    ReplyDelete